Friday, January 16, 2009

Cukupkah?

Sebenarnya, dengan meletakkan gambar setem ini



masih belum cukup untuk meniupkan semangat penduduk-penduduk Bumi menentang kekejaman Zionis. Asal-usul konflik Palestin-Israel haruslah didalami dan difahami supaya kita semua tahu objektif sebenar penentangan/kecaman/bantahan yang dibuat ke atas kekejaman yang sedang berlaku di Gaza Strip.

Saya masih mencari-cari bahan bacaan yang tidak membosankan dan yang penting sahih mengenai sejarah peperangan mereka. Buat masa ini, apa yang saya boleh lakukan ialah turut serta memboikot produk-produk yang menyalurkan sumber kewangan kepada Zionis. Saya mulakan dengan Coca-cola, Colgate dan Starbucks.

Saya memang tidak menggemari minuman Coke.

Saya tidak menggunakan Colgate di rumah (tapi dalam toiletry bag, saya ada Colgate kecil yang saya gunakan untuk outstation - sila jangan boikot saya).

Saya juga tidak menggemari minuman dari Starbucks. Entah mengapa, saya rasa memang kurang sedap berbanding dengan SF Coffee. Tapi, tidak mengapakan kalau saya memakai baju di bawah ini?



Saya rasa Starbucks tidak mendapat apa-apa royalti dari penjualan baju seperti itu.