Thursday, January 15, 2009

16 Fakta Jahanam Rawak Mengenai Saya

Sudah beberapa kali saya cuba untuk menulis mengenai 16 perkara ini. Tapi setiap kali saya buka compose window ini, saya blank.

Kali ini saya akan cuba juga menulis - tak kira lah berapa lama saya mengadap window ini.

FAKTA 1
Saya suka gila membasuh baju. Ini saya rasa, saya dah beritahu berulang-ulang kali sebelum ini. Selagi ada baju-baju kotor dalam laundry basket, selagi tu lah mesin basuh di rumah ini berputar. Kalau boleh, dengan laundry basket tu sekali saya nak masukkan dalam mesin. TETAPI, saya tidak suka melipat baju. Sidai baju tu maaf lah lagi (kalau tengah panas terik saya tak suka), sebab saya boleh menikmati keindahan susunan baju yang saya sidai.

FAKTA 2
Tulisan tangan saya sangat buruk. Ini terbukti sejak saya berada dalam darjah (darjah??!! - nampak sangat lah saya ni tua) 5 apabila guru BM saya pada ketika itu memberi komen "Macam ni ke tulisan murid 5K?". Cikgu tu memang tak sayang mulut...

FAKTA 3
Saya sangat lemah dalam BM masa sekolah dahulu. Ini terbukti ketika saya berada dalam Tingkatan 5 - di mana guru BM (lagi!!!??) saya pada ketika itu membaca karangan saya (tanpa menyebut nama pengarang) di hadapan kelas, di hadapan semua orang. Saya hanya sedar karangan keji itu kepunyaan saya selepas beberapa ayat cikgu itu bacakan. Hasilnya, saya gagal dalam BM seterusnya mendapat pangkat SAP untuk semester itu kerana karangan keji saya itu. Tu lah, malas baca buku...

FAKTA 4
Bolehkah saya sambung dalam next entry? Saya betul-betul tak larat. Later, alligator!