Friday, January 30, 2009

Muka Saya

Kenapa saya menjual beberapa Tudung Munawwarah saya di sini? Kerana saiznya adalah besar dan apabila saya memakainya, kejendulan saya terserlah. Lihat gambar di bawah.



Nasib baik tiada benjol (mahupun bisul). Jika tidak, anda bolehlah membayangkan ikan (seperti di bawah) memakai Tudung Munawwarah.



Saya sebenarnya tidaklah menggemari tudung yang (saiz mukanya) kecil-kecil kerana saya akan berasa inferior jika saya memakai tudung yang betul-betul menudung kepala saya sehingga menutup separuh dahi saya (saya rimas jika begini), sehingga mahu menudung penglihatan saya pula.

Saya suka memakai tudung yang kalau boleh ditolak sehabis ke kebelakang (sehingga menunjukkan keseluruhan muka saya), tetapi, tidaklah seperti dalam gambar pertama saya itu - itu sangat jendul. Nanti saya mendapat penyakit superiority complex pula.

Oh, saya juga tidak gemar memakai serkup (anak tudung). Kalau terpaksa pakai pun, saya akan menyelak di bahagian cuping telinga supaya ia tidak menutup telinga saya. Kalau ada lah, manusia di muka Bumi ini yang mereka serkup yang ada lubang di bahagian telinga, saya akan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan serkup tersebut.

Sekian sahaja cerita yang tiada perenggan penutup ini.

p/s: Petang ini (Insya-Allah) saya akan buat quiz. Dan yang penting, ada hadiah, ok?

p/p/s: Silalah juga melihat-lihat di sini, ya? Tolong-menolong adalah amalan yang mulia ;).