Tuesday, January 20, 2009

Pasukan Pakaian Beragam Seragam

Pasukan pakaian seragam mana yang anda semua sertai semasa di bangku sekolah dulu?

Semasa saya di Tingkatan 1, saya menyertai Pandu Puteri. Saya ingat lagi, saya kumpulan (kumpulankah?) Lili. Pergi beli uniform ni Central Market dengan makcikku. Beria-ia betul, ish ish ish... (apa lah perasaan makku ketika itu yang terpaksa mengeluarkan duit untuk anaknya ini). Kesudahannya, uniform itu saya hanya pakai sekali saja.

Selepas itu, saya macam terikut-ikut pula rakan sebaya berminat pula untuk menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah (Bulan Sabit Merah di Malaysia... Giat berjasa untuk negara...). Itu lah yang saya dapat dari penyertaan saya - mengenal lagu korporat PBSM. (Saya belajar CPR secara intensif pun semasa di OBS).

Masuk ke Tingkatan 4, saya sertai Pasukan Renjer Puteri. Kali ini, saya tidak membeli uniform - macam tak cantik, pakai long-sleeve shirt dengan kain, dengan tudung (ikat belakang ala 80-an ke 70-an??). Apa yang saya dapat? Saya belajar menyanyi lagu BOOGIE WOOGIE. Tajuk saja yang saya ingat, liriknya lain tahun saya cuba ingatkan balik.

Persoalannya sekarang (walaupun saya tahu ianya tidak akan memberi apa-apa impak kepada saya) berfaedahkah penyertaan saya kepada pasukan-pasukan pakaian seragam itu? I think NOT!