Monday, January 19, 2009

Sambungan

Entry ini merupakan sambungan entry separa siap saya yang lepas.

FAKTA 4
Sebagaimana saya benci kepada orang yang membuka pintu dan masuk/keluar tanpa memikirkan orang di belakangnya (baru saja terjadi kepada saya hari Jumaat yang lepas - nasib baik Sofea tak terhantuk pintu kaca 7 Eleven), saya juga benci kepada orang yang di belakang saya sekiranya saya telah menghulurkan pintu, tapi dia menonong sahaja masuk/keluar melalui pintu tersebut (macam saya ini membukakan pintu untuknya pula).

FAKTA 5
Saya suka warna-warna ini.

FAKTA 6
Saya baru sahaja berkesempatan untuk menonton majlis perkahwinan (siaran ulangan) Mawi & Ekin semalam. Barulah saya tau apa yang dimaksudkan oleh Kaezrin. (Fakta pentingkah ini?)

Kenapa macam Joker?


FAKTA 7
Semakin saya katakan kepada diri saya yang saya tidak mahu lagi membeli handbag baru, semakin menjadi-jadi pula pembelian handbag saya. Jadi... biarlah saya pindahkan uang yang ada dalam akaun saya (yang senang dibolosi oleh kad ATM saya) ke tempat yang sukar untuk dibolosi.

FAKTA 8
Saya fikir saya sudah menulis begitu banyak untuk menjawab tag ini. Rupa-rupanya, saya masih berada dalam fakta no 8. (Ini merupakan fakta yang menyatakan bahawa saya sudah MALAS untuk meneruskan perjuangan menjawab tag ini).

FAKTA 9
Saya ada seorang anak perempuan yang comel, yang saya sendiri tidak larat untuk melayan kerenahnya sendirian, yang akan menjangkau usia 3 tahun pada ... tidak lama lagi. Dan saya berharap kami dikurniakan anak lelaki pulak selepas ini - kalau tak dapat pun masih tidak mengapa, boleh la saya, Sofea dan adik perempuannya (mungkin) main make-up make-up bersama-sama. (Fakta rawak).

FAKTA 10
Ini bukan fakta mengenai saya, tapi lebih kepada pemerhatian saya. Saya merasakan, untuk seseorang (blogger) itu berjaya dalam arena memblog, beliau pasti (sekurang-kurangnya sekali) akan melalui fasa dibenci/dikritik/diumpat/dicaci/dikeji secara hebat oleh pelawat-pelawat blognya baik secara terang-terangan mahupun secara senyap. Setuju?

FAKTA 11
Kulit muka saya kusam. Sebab itulah saya suka memakai Liquid Foundation Bobbi Brown (yang pada mulanya saya tak suka).

FAKTA 12
Tiap-tiap pagi saya berasa SANGAT MALAS untuk pergi kerja. Saya perlukan sesuatu untuk saya berasa rajin untuk ke tempat kerja - sebuah kereta biru baru mungkin?

FAKTA 13
Saya sudah menjadi semakin kurus semula. Ini terbukti apabila seluar yang saya pakai sekarang ini terasa longgar dan melorot. Itu belum cerita mengenai bahagian badan yang satu lagi. Bolehkah Premium Beautiful menggemukkan menaikkan badan saya semula?

FAKTA 14
Kalau Cik Yan menyatakan bahawa beliau lemah dalam Fizik, saya pula lemah dalam Biologi. Semasa peperiksaan SPM, banyak tempat kosong dalam kertas Biologi yang saya tinggalkan. Saya pun ingat saya akan GOGOL dalam subjek itu, tapi saya mendapat C5 - masa tu saya hanya target beberapa subjek sahaja untuk mendapatkan agregat yang rendah. Aggregate?? How ancient...

FAKTA 15
Saya berazam untuk banyakkan membaca BUKU dalam tahun 2009 ini. (Tapi sekarang sudah rasa malas membaca). Siapa mahu buat kelab Bacathon?



FAKTA 16
Saya adalah 100% diri saya yang sebenar sewaktu saya sedang tidur. Jadi, saya akan amat berasa marah sekiranya ada orang cuba memberitahu saya apa yang patut saya lakukan semasa saya sedang tidur seperti "Tepi sikit" lah, "Tidur la betul-betul" dan lain-lain.









FAKTA BONUS
Saya adalah seorang yang garang dan saya percaya saya berkeupayaan untuk menjadi mak tiri yang hebat!

(Gambar sebelum ni macam dah hilang)