Memandangkan ada orang (yang perasan yang dia tu menjawab dengan tepat) sudah tidak sabar menunggu jawapan saya, maka saya umumkanlah jawapan dan pemenang bertuahnya di entry ini.
Jawapan yang tepat adalah buku ini
Ada beberapa orang telah berjaya meneka dengan tepat (dan tak kurang pantas):
- Marisa - Maaf, walaupun jawapan anda tepat (dan pantas), penyertaan anda terpaksa dibatalkan kerana ada tidak menghantar borang penyertaan dengan lebih awal
IszanOopss.. anda telah menukar jawapan anda pada saat-saat akhir dan jawapan itu tidak tepat sama sekali- QueenIn Murni - Anda adalah pemenang bertuah tersebut. Sila emailkan butir-butir anda kepada saya.
(Kalau tak tahu email saya, penyertaan anda juga dibatalkan. Okay, gurau.) - Eza - Maaf, anda terlewat satu komen.
Jadi, Saudari QueenIn Murni, sila ambil tindakan selanjutnya untuk menerima hadiah yang tidak seberapa daripada saya.
Kepada yang lain-lain, cuba lagi dalam kuiz yang akan datang.
Harap maklum.