Friday, February 6, 2009

Soap Opera Marathon : Episode 1 - 5

Episode 1
Aku berjalan ke sana, ke sini tanpa kenal erti penat dan sakit. Kadang-kadang aku tidak diberi makan, hanya disimbah dengan percikan air kotor lagi hina. Liku-liku kehidupanku penuh dengan onak dan duri (dan juga perkara-perkara keji yang tak sanggup aku kongsi bersama).

Aku sedar siapa aku...

Episode 2
Hanya seorang insan yang hina. Hina di mata masyarakat, hodoh untuk dipuja. Apakah tidak ada sekelumit bahagia untuk diri ku? Sudahlah tak pernah dapat mandi pagi merasa dikasihi dan disayangi. Jauh sekali untuk dibelai manja...

Oh, di manakah agaknya keadilan buat diriku? Tak terbayang bagaimana harus aku meneruskan kehidupan ku.

Aku merasakan...

Episode 3
...sesuatu bergelora dalam jiwaku.. Seolah-olah meronta-ronta.. merayu dan meminta untuk dibebaskan.. Bebas dari belenggu kedukaan yg asyik mewarnai rona-rona hayatku lewat kebelakangan ini. Aku juga ingin bahagia seperti mana yg sepatutnya dikecapi oleh setiap yang bernyawa di muka bumi ini..

Apakah masih ada harapan buatku? Atau aku sudah terlambat untuk meladeni perasaan sebegitu?

Tiba-tiba...

Episode 4
‘Ding Dong’
Terjaga aku dari lamunan jauh. Kedengaran bunyi door bell rumahku di tekan seseorang dari luar.

“Cik Sofea ke? Ada bunga utk anda, sila tandatangan di sini”, terjongol seorang jejaka dari muka pintu sebaik sahaja daun pintu itu ku kuak. Di tangannya ada sejambak mawar merah dan sebelah tangan lagi menghulurkan sesuatu untuk aku tandatangani.

Aku terpempan seketika melihat raut wajahnya. Raut wajah itu mengingatkan aku pada sesuatu.

“Cantik bunga ni, secantik penerimanya” dia berkata lagi.

Baru aku sedar aku sedang merenung wajahnya. Lalu aku tunduk dan terus melarikkan tandatanganku dia atas kertas yg dia hulurkan kemudian jambangan mawar merah itu beralih tangan.

“Terima kasih”, ucapku seraya menutup pintu.

Kad kecil yang terselit dalam jambangan itu kuambil dan...

Episode 5
“Eh eh?”

Aku mengerut dahi yang tidak gatal. Ku amati nama yang tertera diatas kartu kecil itu.

“Sofea Jane?”

Ini tentu ada kesilapan. Nama sebenarku Sofea Jun. Bukan Sofea Jane!

“Hish frustnya!!!!” aku mengeluh kuat. Sudah acapkali aku dipermainkan sebegini. Mentang-mentanglah mukaku hodoh dan banyak jerawat batu bata, sampai hati aku dipermainkan sebegini rupa.

Aku amati lagi kartu kecil itu. Hatiku bertambah sakit bila membaca bait-bait perkataan yang tertulis disitu.

“Hi Sofea! Bila nak bayar hutang I? Dah berkurun I tunggu tau!! Bayar cepat-cepat ye! You ni masa pinjam laju je. Tapi masa nak bayar bukan main liat lagi!! Sampai kena hantar bunga!! Tak kuasa tawww!! Okey ta-ta.”

Aku terasa ingin menjerit sekuat hati. Bila pulak aku meminjam duit orang? Bila? Bila? Bila?

Aku bergegas ke bilik tidurku. Perasaan marah dan benci yang membuak-buak membuatkan aku terus mengambil satu keputusan penting dalam hidup aku.

Aku perlu berjumpa dengan dia. Hanya dia yang mampu mengubah aku menjadi manusia yang disegani dan ditakuti ramai.

Aku harus berjumpa

EDWARD CULLEN!