Friday, February 20, 2009

Download

Saya dan Iszan ada teroff-topic semalam mengenai download-mendownload. Saya mengatakan kepada beliau, saya menggunakan Isohunt (tetapi yang sebenarnya, tool yang sebenar adalah Azureus). Tidak berkaitan : dulu saya menggunakan Limewire, tetapi susah mahu mendapatkan fail yang diidamkan.

Apa yang saya buat ialah, download Azureus (sekarang dikenali sebagai Vuze) itu dan install ia dalam komputer kegemaran saya. Sesudah install, saya harus mencari fail torrent yang saya mahu dan seterusnya membuka fail torrent tersebut di aplikasi Azureus tadi.

Banyak tempat yang boleh kita download fail-fail torrent; tempat yang selalu saya lawati ialah Isohunt. Tempat-tempat lain adalah seperti BitTorrent, uTorrent, dan macam-macam lagi (boleh dilihat di sini). Di Torrent Malaya pula kita boleh dapatkan torrent untuk filem-filem Melayu (entah kenapa sudah tak boleh masuk).

Saya ingin meminta tolong anda supaya jangan tanya saya apa maksud/konsep torrent ini - sila lah tanya kepada yang lebih pakar (CY contohnya) (atas permintaan tuan punya badan). Saya hanya tahu menggunakan ia sahaja.

Sekian. (Walaupun saya rasa penerangan saya ini tidak banyak membantu) :P