Okay, kawan-kawan sekalian, saya mahu beritahu sesuatu. Sabtu lepas merupakan pengalaman pertama saya melawati Taman KLCC.
Saya ingin menyuarakan perasaan kagum saya terhadap tempat seperti itu kerana permainan-permainan yang ada adalah amat terbela.
Tapi, selama 2 jam saya melepak di situ, hanya satu gambar ini sajalah yang saya sempat ambil. Masa yang selebihnya saya gunakan untuk membaca buku dan juga melihat siapa yang kena marah dengan Pak/Mak Guard sebab duduk kat alat-alat permainan di situ (saya bercakap mengenai orang dewasa di sini).
Taman KLCC sudah pasti menjadi destinasi rekreasi tetap kami!
p/s: Yang pakai seluar merah tu mesti tengah kencing tu... Hahaha