Tuesday, February 17, 2009

Kahwin & Tidur Bersama

Malam tadi, semasa dalam proses mahu melelapkan mata (dengan saya berada di sebelahnya), Sofea tiba-tiba berkata "Adnan* nak tidur sini?" Bercakap seorang diri adalah perkara biasa bagi anak saya. Dengan kata lain, berangan.

Saya pun bertanya untuk memastikan bahawa telinga saya ini betul-betul mendengar apa yang telah diperkatakan olehnya.

Sofea mengulangi pendiriannya untuk tidur bersama Adnan, "Nak tidur dengan Adnan, boleh tak?"

"Eh, Adnan kan boy, girls cannot sleep with the boys" (Dalam hati berdoa supaya Sofea tidak bertanya kenapa Mama tidur dengan Abah)

Saya sambung lagi sebelum sempat Sofea berkata apa-apa "Kalau dah kahwin baru boleh tidur dengan boy"

"Nak kahwin dengan Uncle X*?"

"Mana boleh, that's your uncle you're talking about"

"Sofea boleh kahwin dengan siapa?"

"Dengan kawan-kawan Sofea, lah"

"Dengan Adnan?"

"Ya, good girl. Tapi, tunggu dah besar macam Mama baru boleh kahwin, ya?"

"Hmm"


*Doze off*

Saya memilih untuk berbincang secara terbuka mengenai "kahwin" dengan anak saya kerana saya tidak mahu dia beranggapan bahawa kahwin itu sesuatu yang taboo, yang tidak boleh disebut secara terang-terangan. Dan saya pasti yang Sofea masih belum faham apa itu "kahwin".

Info yang mungkin tidak terlalu berkaitan : Sex Education.

*Bukan nama sebenar