Tuesday, February 17, 2009

Kisah Yang Aneh Lagi Memilukan

Semalam, sewaktu saya masih berada di pejabat (lebih kurang pukul 6.00 petang begitu), saya menerima panggilan daripada suami saya.

Beliau menceritakan tentang perwatakan Sofea yang agak ganjil semasa mahu dijemput pulang dari day care. Sofea kelihatan pucat seperti orang yang dalam ketakutan (sebenarnya suami saya sendiri sukar mahu menggambarkan ekspresi muka Sofea pada ketika itu). Sofea juga menangis meminta untuk didukung untuk memasuki kereta.

Setibanya di kereta, Sofea meminta untuk duduk di lantai tempat duduk kereta, menangis-nangis mahu duduk di situ. Suami pun akurlah dengan permintaan Sofea itu.

Akan tetapi, suami berasa tidak sedap hati, lalu beliau pun tinggal Sofea berseorangan dalam kereta dengan pintu berkunci dan masuk semula ke sekolah untuk berjumpa dengan guru Sofea.

Jadi bermulalah sesi temuramah antara suami saya denga guru Sofea.

Suami : Sofea ada jatuh ke masa sekolah tadi?

Guru : Eh, tak ada.

Suami : Ada orang kacau-kacau dia ke, ejek-ejek dia ke, marah dia ke?

Guru : Tak ada pulak. Tapi ada la usik-usik dia sikit tadi masa tengok AF. Ada yang Sofea suka tu dah terkeluar.

(Wah, wah, wah.... tengok AF anakku di sekolah?)

Suami : Okay, tak pe lah. Saya tanya je, pasal dia nampak pelik sikit petang ni.

Guru : Rasanya pasal AF tu kot...

Setelah yakin dengan jawapan guru, suami pun kembali ke kereta.

Tiba- tiba...

Kuang kuang kuang... (ada unsur-unsur suspens di sini)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bau busuk menerawang di dalam kereta. Sofea telah pun selamat menunaikan hajatnya.

Rupa-rupanya Sofea berkelakukan ganjil kerana mahu membuang air besar. Maka kembalilah Sofea semula ke sekolah untuk beristinjak.