Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan krim ini dari Body Shop (produk lain dari Body Shop harap maaf)
Ia adalah krim tangan dan kaki. Saya amat berpuas hati dengan krim ini kerana ia tidak membuatkan kulit kaki saya (terutamanya) terasa haus.
Dan sebab yang tak kurang pentingnya mengapa saya saya suka krim ini ialah kerana, saya tidak perlu menyapu krim lain untuk tangan saya. Dengan menyapu krim ini di kaki, tangan saya juga secara tidak langsung disapu juga. Saya sebenarnya melakukan 2 kerja dalam 1 masa. Jimat masa saya!