Seingat saya, saya tak pernah berjaya untuk membuat kerja pejabat di rumah. Yang saya berjaya lakukan dengan jayanya ialah membawa laptop pulang ke rumah dengan beria-rianya dan dengan niat mahu menyambung kerja pejabat di rumah. Niat saya itu selalu GAGAL dilaksanakan. Membaca dan membalas email tidak dikira sebagai kerja bagi saya (walaupun email-email tersebut adalah email rasmi).
Sewaktu saya menulis entry ini, saya telah menanam (tanam sahaja) tekad dan juga niat untuk menghabiskan (walaupun sedikit) kerja-kerja pejabat yang sudah lamaaaaaaaa tertunggak. Saya berharap tiada gangguan (samada luaran atau dalaman) yang boleh mengganggu niat saya ini. Semoga saya BOLEH (dan berjaya)!
Gambar hiasan