Okay, I thought this post would be the last Marathon Episode, but but... I forgot that I had drafted this entry earlier. So here it is.
Episode 11
….....ialah merencana tindakan demi tindakan yang bakal kuambil untuk mengukir sebuah impian. Tika dan saat ini aku akan menjejak maju. Aku tidak akan menoleh lagi. Kugapai buku akaun Hong Leong Bank yang kuselitkan di antara helaian tinta cinta, lipatan kenang-kenangan yang masih tersemat rapi dalam Peti Rahsia. Niatku ingin memeriksa angka-angka baki yang terkini. Aneh, kerana walau mimpi-mimpiku ingin berlari di kaki pelangi dan mengecap sirna rembulan, namun dalam soal wang, kakiku nyata berpijak di landasan yang bernama hakikat. Peti Rahsia itu kubuka dengan cermat. Tanpa kusedari, jari-jemariku tersentuh warkah-warkah rindu yang pernah menjadi peneman di kala hati ini pedih menahan kedinginan malam yang menggigit. Mindaku menerawang. Terus-menerus menyusuri pantai kenangan. Menerobos segala isinya. Pada si dia. Dan tentang aku, sang pencinta. Aku digamit memori silam itu sekali lagi. Aku, dia dan sebalang almond London....
Episode 12
Aku, dia dan sebalang almond Londom yang dicuri dari rumah Mak Cik Leha jiran sebelah rumah. Ahh persetankan semua itu, aku harus teruskan. Aku mahu jadi apa yang aku impikan. Menerawang lagi fikirannya terkenang akan kisah filem Korea, 250 pound love. Selepas plastic surgery itu Kang Hannah nampak begitu anggun.Adakah dia akan jadi begitu>
Plastik! Tidak…Aku tidak mahu menjadi plastic. Haruskah diteruskan niat bertemu NIYANG RAPIK???
Tidak… Apa harus aku lakukan. Buntu jiwa….
Aku bingkas bangun mencapai remote control ASTRO yang sudah rebeh sebelah dek sakit hatinya membaling ke dinding ketika mengamuk pada suatu masa dahulu kerana mengetahui kekasih lamanya mengorat kawan kepada Mak Tijah jiran selang 4 buah rumah dari rumahnya yang berusia 20 tahun lebih tua darinya…Gilaaaaa………
Episode 13
ya gila.....memang gila....dan mmg puaka....sepuaka kehodohan ku ini...
Aku juga tahu yg kecantikan itu hanya sementara. Sementara jugalah yang bakal ku kecapi..seperti derita yang kualami ini. Mengapa aku ditakdirkan menjadi makhluk dua alam...eh..talam dua muka...eh..bukan...makhluk dua rupa!
Ya...aku juga mempunyai `split' personalitas.
Jika Puteri Fiona ditakdirkan cantik rupawan di siang hari dan menjadi hodoh piang di malam hari...aku pula ditakdirkan menjadi cantik tatkala hujan mula menyimbah bumi dan akan bertukar menjadi hodoh piang tatkala sang suria sedang bermegah memanahkan cahayanya di muka bumi....
dan kerana itu lah juga..rancangan kegemaranku hanyalah segmen `ramalan kajicuaca'..
argh..mengapa donia seolah2 menangis melihat aku yg rupawan dan ceria tatkala melihat ku dirudung kehodohan? Mengapa tidak gembira dengan kecantikan ku...seolah2 kecantikan yg sementara itu mengundang kecelakaan kepada sesiapa sahaja yang memandangku..mengapa harus begini?...mengapa....
ya...semasa jambangan mawar merah itu sampai pagi tadi, hujan masih lagi renyai2 di luar jendela. Kini matahari sudah pon memancar terik di atas kepala. Terasa panahan cahayanya ke atas kulit mukaku yang tiba2 terasa seperti permukaan bulan ini.
"Argh...mengapa tidak terus hujan sahaja hari ini?" bisik hati kecil ku.....
Episode 14
Mentari semakin memancarkan cahayanya. Wajahku pula? Perlahan-lahan ianya bertukar menjadi seperti baru digelek steamroll. Sungguh buruk lagi memburukkan! Aku sendiri tidak berselera melihat wajahku di cermin di saat-saat begini.
Ah! Aku bingkas. Meneruskan kerja-kerja ku sebagai seorang maid. Baldi yang penuh dengan baju yang baru selesai dicuci oleh sang mesin basuh kuangkat dan bawa ke ampaian. Nasib baik ampaian ini letaknya di belakang rumah. Kalau di depan rumah? Harus aku bertopeng seperti Michael Jackson, seperti yang pernah kulihat secara curi-curi dalam internet mem besar Sofea Ja*ne baru-baru ini.
'Ding Dong'. Loceng pintu berbunyi. Ah siapa lagi ni? Sudahlah datang waktu matahari memancar. Waduh. Aku paling benci kehadiran tetamu waktu siang. Namun memandangkan ini bukannya rumah aku tetapi rumah mem besar Sofea Ja*ne itu, maka terpaksalah aku membuka pintu.
"Er...." Oh! Mamat penghantar bunga tadi rupanya. Dia terkejut beruk melihat aku. Aiseh! Mana aku nak sorok muka aku ni.
"Cik, mana Cik Sofea tadi tu? Yang ambil bunga masa saya datang tadi?" Begitu menggeletar mamat itu sewaktu bercakap denganku. Rupa macam nak termuntah pun ada juga. Dia memalingkan mukanya dariku agar tak perlu dia bertentang mata denganku. Hodoh sangat-sangat-sangat kah rupaku? Ya. Mungkin juga sebab sekarang dah waktu tengahari, di mana itulah saat wajah hodohku berada di tahap kemuncaknya. Namun aku sedikit lega sebab dia tak dapat nak cam aku.
"Dia tak ada. Ada apa?" Aku cuba ubah suaraku agar berbeza dari suara asal. Mamat itu menyerahkan sebuah bungkusan padaku....
Episode 15
...Aku menyambutnya, menandatangani resit penerimaan dan menghempas pintu betul-betul di depan lobang idung mamat penghantar barang itu tanpa bercakap sepatah pun, walaupun sebaris ucapan terima kasih kepadanya.
Lantak ko laaaa mamat...nyampah aku, pesal ko datang tengahari bute nih...aku emo tawwww kalo terima tetamu masa nih....bebelku seorang diri. Bungkusan berbalut indah di tanganku tidak kubelek-belek seperti selalu. Buat hape aku nak belek, memang kompem bukan aku punye pon. Balik-balik kalo dapat bunga ke, bungkusan ke, hape ke...mestilah untuk si Sofea Jan*e tu. Mana pernah orang hantar apa-apa untuk aku. Mimpi jek laaaa ko Sofea Jun....
Tiba-tiba kudengar derap kasut tumit tinggi JimmyChoo yang dipakai oleh Sofea Jan*e. Majikanku itu memang giler dengan rekaan cina kaya yang dah lama menempa nama di luar negara itu. Sofea Jan*e nampak jelita di dalam dress ungu singkat separas lutut. Ahhh...aku rasa kalo dia pakai kain batik dengan t-shirt pon mesti jelita..almaklumlah orang cantik kannn..lain laa aku nih..kalo pakai gaun malam rekaan VeraWang pon kompem memang huduh...huhuhuuuu...
"Aku nak pergi Spa Q nih..ada appointment.." kata Sofea Jan*e sambil memasukkan handphone mahalnya ke dalam handbag LV terbaru yang baru dibelinya minggu lepas ketika bercuti di London. Bau haruman Jadore kesukaannya menerawang ke segenap ruang. Aku terbuai dengan keharuman itu.
"OOOOIIIII...aku cakap dengan ko nih. Yang ko pejam-pejam mata feeling tak pasal-pasal nih kejadahnyer????" herdik Sofea Jan*e. Aku terkesima. Cepat-cepat ku buka mata yang separuh terpejam dek kerana menikmati bau haruman SOfea Jan*e tadi.
"Cik Sofea..tadi nih ada bungkusan untuk cik..." kataku sambil menghulurkan bungkusan yang ku abaikan tadi. Sofea Jan*e membelek penuh ghairah.. suka laa tu dapat hadiah lagi...huhhh... Kad comel yang ditampal pada hadiah itu dibaca.. Tiba-tiba wajahnya berkerut. Senyum manis yang terukir di bibir mongelnya tadi menghilang.
"Ooooiiiii....ko nak memainkan aku ke??? Bungkusan nih untuk ko lah..."katanya
"Isy...takkanlah cik sofea. sapa pulak nak bagi hadiah kat saya??" balasku seraya cuba mengontrol lobang idungku yang mula mengembang ngempis seiring dengan debaran yang berombak secara tiba-tiba di dalam dadaku.
"Ni ko tak baca ke...Untuk Sofea Jun Bte Samdol Kamat. Samdol Kamat tu kan bapak ko...nama bapak aku lain.. Tu lah ko ni...dah berapa kali aku suruh tuko nama, ni nama nak sama dengan aku..isy...nyusah btol laaa....lain kali baca laa dulu. ko orang gaji ke aku orang gaji nak bacakan untuk ko??? ko nih potong mood aku jek ari nihhhh...nyampah tawwwwwwwww......." Sofea Jane sudah membebel panjang sambil menghentak-hentakkan tumit kasut Jimmy Choo nyer koleksi yang entah ke berapa ratus pasang itu lalu berlalu pergi. Elehhhh....bengang laaa tu...hahahhahahaa...aku terglak di dalam hati. Owhhh..aku segera mencapai bungkusan tersebut dan membaca sendiri...
"Untuk Sofea Jun Bte Samdol Kamat..." btollahhh..aku laaa tu...e'ehhh siap tulis nama bapak aku pulak nih...isy...dari siapa nihhh...
"Dari...dari...." e'ehhhh...kecik pulok tulisannya....
Cepat cepat aku mencapai cermin mata ala-ala pelakon 'Ku Untukmu' dan kupakai..aaahhhhh...barulah jelas..
"Dari.......................... DETECTIVE CONAN?????????????????????????????"...............................................................