Previously on Soap Opera... (ecewahhhhh, macam Heroes la pulak, kan...)
Episode 6
Lantas aku berlari-lari anak menuju ke arah meja yang menempatkan telefon bimbit kesayanganku… “Aku mesti lekas menghubungi dia,” detik hati kecilku, termengah-mengah kepenatan.
Sebaik sahaja telefon berada dalam genggaman, jari-jemariku yang sontot runcing ber’manicured’ terus mendail nombor keramat itu…
Tiba-tiba... satu suara yang agak ‘familiar’ kedengaran dihujung talian…
”Kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai”
Oh, tidaakkkkk!!!! Apakah....???
Episode 7
“Woi!! aku taknak ckp dgn kau lah perempuan! Aku nak cakap dgn Edward Cullen”. Aku menjerit marah sebagai tanda protes kerana kebodohanku yg terlupa menambah kredit telefon.
Aku bertanya sendirian, kenapakah nasibku malang sentiasa. Dikala umurku yang semakin mencecah 35 tahun ini, hatiku ini masih belum dimiliki. Rakan-rakanku semuanya sudah beranak empat, malah dua tiga rakanku sudah merasa berkahwin dua kali, dan rakanku yg seorang itu dah naik turun mahkamah nak masuk 5 kali. Namun aku, sekali pun tidak pernah merasa erti sebenar perkahwinan. Oh syahdunya..
Kerana tidak mahu terlalu hanyut dibuai kesedihan, aku lantas mengangkat pungungku ke kerusi di ruang tamu. Ku capai majalah URTV. Ku belek setiap helain dan terhenti di saat aku terlihat wajah Memey.
“Umur setahun jagung macam ni dah boleh rembat laki orang. Pandai pulak dia pilih yang macho-macho macam Norman Hakim” bisikku sendirian.
“Kalau semua lelaki asyik nak sambar awek-awek muda macam Memey, aku ni jawabnya tak berlakilah sampai ke tua” sambungku lagi.
Lantas aku terus…..
Episode 8
tersenyum2 sendiri.
ya...aku pasti. hanya 1 sahaja cara untuk menjadikan semua impian aku menjadi kenyataan. aku harus berjumpa Niyang Rapik. aku harus meminta dia menjampi muka aku, supaya aku setanding dengan artis2 hollywood.
ehek ekk hek ekk!!!
aku tertawa ala2 Cikgu Marlia Musa dalam AF. aku rasa cara ketawa itu pelik tapi unik. jadi aku harus ketawa sambil menahan napas 2 saat..3 saat..kemudian 2 saat semula.
PERFECT!!!
aku yakin aku sebiji MARLIA MUSA dalam AF
tapi, bagaimana aku mahu berjumpa dengan Niyang Rapik??? Bagaimana???
"WOI!!!
Kau berangan ker? Muka pecah rumah, ada hati lagi nak berangan. apa ko buat dengan bunga yang aku dapat tu? Mana ko campak? Penat2 aku bayar gaji, ko sedap2 baca URTVlah, buku akulah! Mana Twilight aku? Kau bukan reti English pun. Setakat tengok2 cover pun ada hati tue.
Sudah..aku nak pergi Shooting ni. Bunga tu pegi susun dalam vase, ganti yang lama punya."
ha..aku maid sahaja rupanya??? Sofea Jan*e ni memang kejam. suka menghina aku. takper, aku akan pastikan berjumpa dengan Niyang Rapik jugak. jangankan Sofea Jane, Jins Samsudi*n pun aku mampu tewaskan.
Puaka pun puakalah...
Episode 9
Lantas aku meletakan majalah URTV & mengambil bunga yg aku letakkan di atas meja makan. Dengan muka yg berkeriut menahan sakit hati, aku menyegerakan langkahku utk mengambil vase kegemaran majikan ku itu..
'Huh, vase yg dah sopak ni jugak yg jadi faourite! Mmg dasar kedukut!!'
Bebelan itu hanya mampu ku pendam dlm hati. Sementelah, tgn aku laju mengeluarkan bunga yg sudah layu utk digantikan dgn bunga yg baru shj diterima tadi. Sempat juga aku mencium bunga yg sudah tersusun rapi itu sebelum meletakkannya semula di meja di ruang tamu. Hmm, wangi...... Sewangi haruman Sweet Heart.. Tenang sekejap fikiranku yg bercelaru tadi. Mungkin setenang Mawi sewaktu majlis akad nikahnyer baru-baru ini..
Aku berjalan perlahan ke dapur. Sepanjang perjalanan yg tak sampai pon 5 minit itu, sempat lagi aku memikirkan sesuatu. Sesungguhnya aku tak mampu menghalau persoalan yg sering menjerut benak ku itu.. Ia melekap, kuat & ketat, seolah-olah digam dgn gam gajah..
Bagaimanakah caranya utk aku menjadi cantik, secantik majikan ku itu..? Klu boleh, aku nak jadi lebihhhhh cantik lagi drp Sofea Ja.ne yg kerek & kejam itu.. Bagaimana ya? Bagaimana???
Aku tersepit antara 2 pilihan, antara EDWARD CULLEN dan NIYANG RAPIK.. Arghhh... Bertambah pening kepala hotak aku yg sememangnya sudah sedia pening dgn kerenah majikan ku yg byk songeh itu. Sudahlah kedukut, bakhil pulak tuh! Sudah hampir 4thn aku bekerja menjadi kuli bataknya, sesen pon dia tak pernah menaikkan gaji aku. Malah, gaji aku yg seciput itu pon dia tak penah bayar on-time.. Acapkali dia menangguhkan pembayaran. Nasib baiklah aku tak diberi kuasa utk charge interest!
Eh, ape yg aku fikirkan tadi? Oh ya.. Antara EDWARD CULLEN dan NIYANG RAPIK... Mampukah kedua-dua insan itu membantu aku? Tp, persoalan paling besar yg patut aku fikirkan, SUDIKAH mereka?!!!
Episode 10
Dengan seberapa segera aku mencapai telefon bimbit ku buat kesekian kalinya dan terus mendail Bedah pembantu rumah jiran sebelah yang mungkin tahu nombor kontek NIYANG RAPIK yang berdekatan...owh, sekali lagi suara yang tidak aku gemari berkumandang..
"Kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai"..
Owh! kenapalah nasibku begini. Sudahlah dipandang hina, banyak jerawat batu, bermajikankan Sofea J*ne yang kejam, tiada kenaikan gaji...pelupa pulak tuh!
Tadikan aku dah kena dengan penjawab telefon tidak di undang itu...
"Kenapalah sengal sangat aku nih!" marah ku pada diriku sendiri sambil membaling telefon bimbitku ke tepi....
Tiba tiba otak pintarku mendapat satu idea bernas untuk kebaikan diriku sendiri...Nasib ku mesti diubah! Cukuplah segala penderitaan yang aku alami sekian lama ini...aku tidak mahu lagi derita...
"Owh, dalam diam bijak juga aku rupanya"....pujiku pada diriku...
Aku bertekad tidak mahu menggunakan khidmat EDWARD CULLEN mahupun NIYANG RAPIK...Aku mahu membuat PLASTIC SURGERY. Aku nekad!! Tapi harus muka siapakah yang aku inginkan..Macam Memey kah supaya sesiapa pon mudah terpikat padaku...
Yosh! aku harus segera bertindak demi impianku ini.Langkah pertamaku.....
p/s: Okay, I must admit. I kinda tak larat to keep track on the latest episodes and post them here in my blog. So, this would be the last Marathon Episode lah. ;)