Friday, March 6, 2009

Berakhirlah Pencarian Beg Putih

Kerana saya sudah mempunyai kasut ini!



Sebelum ini, saya sibuk mahu mencari beg putih kerana saya rasakan saya kerap memakai kasut putih ke pejabat. Nak kata kerap sangat tu tidaklah, tapi saya ada 2 pasang seluar yang labuhnya agak luar biasa, jadi saya terpaksalah memakai kasut yang tinggi sedikit - maka kasut putih itulah penyelamat kaki seluar saya.

Memakai kasut putih ke pejabat dengan baju putih bagi saya boleh diterima. Tapi kalau saya mahu memakai baju ungu, atau hijau, atau... kuning, haruslah saya membawa beg berwarna putih. Ini pendapat sayalah, saya suka koordinasi warna sebegitu.

Jadi, dengan adanya kasut baru itu, tidak perlulah saya mencari beg putih kerana saya boleh memakai kasut hitam itu dengan beg hitam yang sedia ada. ;)

Masalah selesai dengan hanya membeli kasut.



Nota: Masalah akan lebih lama selesai tanpa membeli kasut putih mahupun hitam (yang baru itu) dengan menghantar seluar-seluar labuh saya ke kedai Flaunt It Za Altera. Tetapi, saya hanya mempunyai 4 pasang seluar kerja. Kalau saya hantar 2 ke kedai itu, yang tinggal hanya 2. Susah lorrr... (Sebenarnya alasan nak beli kasut je tuh)