Friday, March 6, 2009

Sebelum Dan Selepas

Ditag oleh Zety (Bunga Cinta Lestari Mama) :P.

No.1
Sebelum ada anak
Tidur mati tak ingat dunia.

Selepas ada anak
Mudah terjaga, tetapi hanya untuk bunyi-bunyian tertentu iaitu suara anak saya. Sebab itulah, saya amat rimas dan tidak boleh tidur kalau anak saya resah-gelisah sewaktu hendak tidur.


No.2
Sebelum ada anak
Tetek Breasts saya hanyalah untuk tatapan saya dan suami saya.

Selepas ada anak
Tetek Breasts saya ini bolehlah dikatakan sudah menjadi tatapan seisi rumah. Mak tak rela you...


No.3
Sebelum ada anak
Berbelanja tak hengat donia.

Selepas ada anak
Sangat beringat-ingat apabila mahu berbelanja. Beringat di sini bermaksud, kalau saya pasti saya ada tunai di dalam bank yang boleh membayar balik penggunaan kad kredit saya.


No.4
Sebelum ada anak
Balik rumah pukul 4 pagi. Jangan salah faham. Saya pergi tengok midnight movies, lepas tu melepak kat kedai mamak. Itu sahaja.

Selepas ada anak
Balik rumah pukul 4 petang.


No.5
Sebelum ada anak
Saya membuat aktiviti wall climbing. Siap beli harness dan kasut memanjat.

Selepas ada anak
Saya membuat aktiviti blogging. :P

Dengan ini saya ingin mengetag Jade kerana saya tahu dia pasti akan buat tag ini. :P