Friday, March 13, 2009

Kasut Bedebah

Saya tak tahu. Mungkin kasut ini sedang teething (nak tumbuh gigi) kerana tak sudah-sudah dok menggeget kaki saya. Bedebah sungguh.



Hari ini kali kedua saya memakai kasut ini. Kali pertama saya memakainya (sejurus keluar dari kedai), kaki saya digigit teruk. Tapi tidaklah seteruk CY. Ketika itu, saya fikir, mungkin disebabkan saya tidak memakai stokin.


TAPI HARI INI SAYA MEMAKAI STOKIN, kenapa gigi kasut tu tembus jugak ke kulit kaki saya? KENAPA? Kasut ini berketurunan nagakah (yang bergigi tajam)?

Bedebah betul, kau kasut!