Semua tahu bukan, Pisang Berangan? Saya sangat suka akan Pisang Berangan. Sedap sekali.
Kenapa saya memilih tajuk Pisang Berangan? Kerana saya ingin menyatakan bahawa buat pertama kalinya saya melihat Pisang Berangan hijau. Ya, selama ini (bapa atau suami saya) membeli pisang tersebut yang telah masak ranum dan sedia untuk dimakan.
Suatu hari, saya terlihat sesikat pisang berwarna hijau diletakkan dalam bakul hidangan buah-buahan. Saya (yang OCD ini) katakan dalam hati "Ish, kenapa CMM ni pi letak pisang nak buat goreng kat bakul buah ni?"
Saya pun, laporkan kepada emak saya "Ma, kenapa letak pisang hijau ni kat sini?"
Emak saya pun membalas "Inilah pisang berangan yang belum masak"
Saya pun, "Oh, ada ya, pisang berangan hijau?" <--Emak saya mesti terpinga-pinga. Kenapalah anakku ini?
Hahaha, saya peghak. Sangat jakun dengan Pisang Berangan hijau itu. (Tapi tak sempat nak rasa pun setelah pisang-pisang itu masak :P)
p/s: Comments are not allowed. ;)