Monday, April 27, 2009

Apa Yang Berlaku?

Biasanya, saya sukar mahu menerima pepatah "Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya". Err, pepatah ke apa ya tu?

Kalau ada antara anda yang masih ingat, saya pernah mempunyai cita-cita (yg tak seberapa) beberapa hari yang lalu. Namun pada hari yang sama juga, saya mendapat kepastian yang cita-cita saya itu terkuburrr....

Hari ini, saya ditakdirkan untuk memiliki ini



Thanks, Yaya ;)

Ya, pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Forget about the handbag thingy. Let's talk about other things.

5 tahun dahulu, saya terkilan kerana ayah saya tidak membenarkan saya membeli kereta baru (yang baru yang bersesuaian dengan kemampuan saya pada ketika itu). Sebaliknya beliau menyuruh saya mengambil membeli kereta ibu saya pada ketika itu. Alhamdulillah, betul apa yang ayah saya jangkakan - kereta tersebut masih mempunyai nilai 5 tahun akan datang (iaitu tahun ini). Di sini saya rasa moral yang lebih sesuai ialah "Dengarlah cakap ibu bapa".

Saya juga sebenarnya berasa terkilan kerana sudah terlepas tawaran interest 2.x% untuk pinjaman wang membeli kereta tidak lama dahulu. Tak pasti pula apa hikmah di sebalik kekecewaan ini. Oh, mungkin saya ditakdirkan untuk memohon pinjaman daripada syarikat yang mana kadar faedahnya adalah rendah (tidak kira kereta apa yang anda beli). Atau,.. adakah ini satu petunjuk yang... yang... saya patut memilih Option 2?