Kalau saya,... hanya sekali. Kerana saya ini seorang vampire, amat susah untuk berpeluh kalau setakat duduk dirumah.
Kecualilah kalau sesuatu hari itu sangat luar biasa panasnya, atau saya berpanasan di luar rumah seperti pergi ke Taman KLCC atau pergi melihat anak saya bersukan, barulah saya mandi lagi sekali atau berkali-kali sehingga saya rasa selesa dan nyaman. Faktor 18SX tidak termasuk dalam kisah kali ini :P.
Anak saya pula, lain kisahnya. Suatu hari, kami mengambil keputusan untuk tidak menghantarnya ke sekolah kerana faktor kesihatan. Pagi-pagi selepas bangun tidur, dia sudah bersiap-sedia membuka pakaian untuk mandi pagi - bagus anakku ini.
Sebelah petang pula, setelah saya pulang dari kerja, dia bersiap-sedia juga untuk membuka pakaian untuk mandi petang. Apabila saya terlihat akan kandungan bakul laundry, kuang kuang kuang..... sudah ada 4 persalinan pakaian untuk hari itu. Bermakna, anak saya ini sudah mandi sebanyak 5 kali (termasuk mandi pagi, tidak termasuk mandi petang) selama sehari di rumah.
Hari ini juga, sehingga pukul 12 tengahari, dia telah mandi sebanyak 3 kali. Tapi, memandangkan saya yang mengawalnya, maka persalinan yang ada dalam bakul laundry setakat ini hanyalah baju tidurnya yang dipakai malam tadi. Saya jangkakan, sehingga petang ini, ada lagi 2 kali upacara mandi.
Apa-apa je lah, nak. Janji anak happy...