Saturday, April 11, 2009

Sakit-sakit Badan

Hari ini saya merasakan badan saya sakit-sakit - seperti baru lepas melakukan aktiviti sukan sehari sebelumnya. Biar saya ingat semula apa (perkara luar biasa) yang telah saya lakukan semalam...

1) Pot luck breakfast di pejabat yang mana saya ditugaskan untuk membawa telur rebus yang mana bukan saya yang merebus mahupun mengopek kulit telur tersebut. Jadi tiada otot-otot badan yang bekerja secara luar biasa untuk tugasan ini.

2) Makan tengahari bersama Puan KS yang comel yang mana bukan saya yang membuat bayaran. Jadi, mana mungkin terdapat otot-otot badan yang dikerah (terutamannya otot muka kerana terpaksa berkerut kerana otak perlu memikirkan bagaimana mahu menutup semula lubang yang telah digali :P). Sebaliknya, otot-otot dibadan saya secara semulajadi terasa seperti diurut-urut kerana orang belanja makan. :P

3) Oh, baru saya teringat... saya telah memakai kasut ini semalam. Apabila saya padankan dengan kenyataan Cik Hanis Zalikha "Memakai kasut sepatu tinggi sebenarnya banyak membakar lemak kerana otot-otot yang terpaksa digunakan untuk menstabilkan badan", maka benarlah kesakitan badan saya pada hari ini adalah disebabkan oleh kasut itu.


Agak-agaknya, setimpal tak pembakaran lemak semalam dengan pemakanan yang saya ambil?