Thursday, May 21, 2009

Kisah Sadis Hari Ini

Seperi biasa, sebelum Subuh saya sudah bangun pagi tadi. Sebenarnya, memang saya tidak berapa tidur pun malam tadi - sejak pukul 12.00 tengah malam (atau mungkin sebelum-sebelum itu lagi), setiap jam saya akan terjaga kerana Sophia batuk-batuk.

Dalam tidur-tidur ayam saya itu, saya dok fikir "Nak puasa ke tak?". Lalu, dalam pukul 5.20 pagi begitu, saya pun gagahkan jua diri ini untuk bangun.

Turun-turun bawah je, saya nampak CMM sedang menumbuk rencah Nasi Goreng. "Wah, ini sudah hebat..." (tak payah saya nak fikir nak sahur apa). Jadi saya pun, menunggulah hidangan sahur saya siap. Sementara itu, saya goreng telur mata sapi (ini perkataan yang saya belajar dari Indonesia).

Sungguh marvelous lagi mewah saya rasa apabila bersahurkan Nasi Goreng dengan telur mata 3/4 masak. Ditambah pula dengan kopi 3-in-1. Aaaahhhh...

Gambar hiasan (Sumber). Tapi saya punya lagi cantik :P

Sahur saya pada pagi ini memang penuh dengan kenikmatan.




Tapi,..... (cubalah teka)















Lagi lima suap Nasi Goreng saya tu nak habis, saya terdengar pula sahut-sahutan "Allahu akbar, Allahu akbar...".

Saya katakan, Oh tidak, Nasi Goreng dan telur ini sangat sedap untuk ditinggalkan begitu saja!. Maka saya meneruskan 'sarapan' awal saya itu sehingga habis...

Dan saya tidak bekerja hari ini kerana mahu menghantar anak saya ke klinik untuk mengambil nebulizer dan memantau keadaan anak saya itu. (Ye ke? Ke sebab takde kereta? Ngeeeee)




p/s : Rasa macam nak pi melawat "Taman" saje lah hari ini :P