Setiap hari (awal pagi) saya pergi melawat panel-panel "klik" saya (termasuk blog sendiri) dan membuat khidmat masyarakat di situ.
Perkara lain (seperti membaca kandungan) belakang kira kerana saya masih boleh catch up semasa berasa di pejabat. Tetapi iklan,... tidak dapat dilihat menerusi proxy server pejabat. Malah iklan juga kadangkala ada kadangkala tiada (selalunya awal pagi ada).
Sekiranya saya terlepas membuat khidmat masyarakat pada awal hari, saya akan memberi khidmat pada waktu malam. Yang saya perasan, waktu malam (dalam pukul 10.30 malam tu), ada iklan.
Jadi, apa yang saya ingin beritahu di sini ialah,... sesetengah iklan-iklan Nanang hanya keluar dalam sela masa terhad dan tertentu saja untuk sesuatu hari. (Kalau CPM tu, mungkin sepanjang masa). :/
Sekian.