Sunday, May 17, 2009

Lempengnya Tidak Hangus ;)

Ya, malam tadi saya menyediakan Lamb Pancake. LEMPENG...!

Kisahnya, nak buat lempeng pun kena cari resepi kat internet (rasa nak lempang diri sendiri). Resepi saya ambil dari sini.

Bahan-bahan
2 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
2 sdb minyak masak
Garam secukup rasa

Cara
1. Campurkan kesemuanya dah gaul hingga takde ketul-ketul. Kalau nak senang blendkan sahaja.
2. Panaskan frying pan atas api perlahan. (Dapur saya numbernya sampai 12 so saya buat takat 4 1/2 sahaja).
3. Apabila pan sudah cukup panas, tuangkan batter dan terus lenggang-lenggangkan pan supaya batter tu membentuk bulat dan nipis.
4. Agak-agak sudah masak (kering di sebelah bawah) alihkan permukaannya.
5. Biarkan sekejap dan angkat.
6. Gulungkan ia macam nak buat laksam. Kemudian potong menyenget.
7. Siap untuk dicicah. Cukup terangkat bila dimakan dengan kari ikan atau sambal ikan bilis.



Marvelous! Menjadi lempeng saya. Selama ni buat lempeng memang tak pernah jadi - tak reti nak gauge the thickness of the batter gitu...