Wednesday, May 27, 2009

Rasa Mengantuk Yang Amat Dahsyat

Kan saya sudah bilang yang saya sudah disekolahkan untuk bangun seawal pukul 5 pagi setiap hari?

Hmm,.. ya, memang sudah menjadi rutin saya untuk bangun seawal itu. Tapi.... sudah menjadi rutin saya juga untuk masuk tidur boleh tidur tidak lebih awal daripada (dari??) pukul 12 tengah malam.

Kerana??

Kerana anak saya kurang sihat - batuk-batuk dan muntah-muntah bagai. Dan kami pun SETIAP malam (tanpa kegagalan) akan membersihkan dan menukar cadar... Apo nak buek? Nasi dah jadi muntah...

Haih.... bertambah gelaplah kawasan mata saya ini. (Tapi takpe, saya ada Lemon Aid) ;)

Tapi Lemon Aid TIDAK MEMBANTU untuk saya terus rasa segar-bugar. :(