Okay, siapa pernah pergi Pasaraya HERO di Taman Dugong*???? (Mungkin perkara yang akan saya sebutkan di bawah berlaku di mana-mana HERO).
Semalam, sewaktu pulang dari pejabat, saya singgah ke HERO. Sebaik saja saya masuk ke pasaraya tersebut, saya sudah terdengar pengumuman yang telah direkodkan (dan dimainkan sebanyak n kali)
"Mari-mari, roti panas... Cepat, cepat, cepat... Mari-mari, roti panas... Cepat, cepat, cepat... Mari-mari, roti panas... Cepat, cepat, cepat... Mari-mari, roti panas... Cepat, cepat, cepat..." (sehingga infiniti)
dengan intonasi yang lebih hina lagi annoying dari intonasi surat khabar lama, di mana tiada penekanan seperti tanda seruan atau noktah, dan diulang sebanyak n kali (ya, mungkin juga saya ingin mengulang benda yang sama sebanyak n kali).
Saya rasa, kalau saya berada dalam HERO untuk tempoh lebih dari 15 minit, mungkin saya jadi sewel (sila sebut seperti JEWEL, barulah rasa seperti omputih :P).
Bercakap mengenai 'surat khabar lama', anak saya sudah hafal tagline 'surat khabar lama' itu. Tak tau lah kalau dia sebenarnya mendengar dari lagu Jason Lo, atau memang daripada pembeli surat khabar/bateri/buku lama.
"Surat khabar lama, buku lama, bateri lama, 旧报纸,旧书籍,旧电池" (saya guna language tool oleh Pakcik Google)
dan anak saya akan cuba sedaya upaya untuk meniru intonasi klasik 'surat khabar lama' itu.
Hmm... dan semalam dia minta scooter lagi. Hmmmmmmmmm.
*Bukan nama sebenar