Suatu petang, setelah pulang dari rumah ibu mertuaku, saya dan anak berbual-bual dalam kereta.
Daughter : Mama, nak scooter.
Mama : Nanti Mama belikan. Tapi Sophia kena belajar betul-betul. Kalau dapat No. 1, nanti Mama belikan scooter.
Daughter : Sophia bukan No. 1, Sophia No.3...
Mama : *Terkejut* Hah? Sape cakap Sophia No. 3? Teacher cakap ke?
Daughter : Tak lah, Sophia kan 3 tahun,... Sophia dapat No. 3 lah...
Saya dan suami gelak terbahak-bahak. Kesian anak kami ketika itu. Dia merajuk kerana terasa diperlekehkan. Jadi saya pun tukar topik sepantas kilat.
Mama : Eh, Mama ketawakan car tu lah... Dia tadi nak masuk tapi tak jadi masuk <-- entah apa-apa punya ayat cover line.
*Sambung gelak lagi sambil memeluk anak saya dengan ketat*