Saya sebenarnya tak berapa boleh nak tidur malam tadi. Mana taknya, setiap jam minit saya dikejutkan dengan alarm yang berbunyi *cough cough cough cough uwekkk* (oleh anak saya).
Kesiaaaaan dia - dan dia pun mengaku (atau lebih tepat lagi paksa saya mengaku) "Mama, Sophia kesian, kan?" Yo lah, nak...
Oh, juadah sahur pada hari ini ialah sangat basic (iaitu telur mata sapi dengan nasi dengan kicap Tamin) sehinggakan tekak saya meronta-ronta supaya saya tidak meneruskan lagi pemakanan saya. Tekak, ko jangan nak ikut sedap ko, je... Perut aku (dan otak aku jua) yang nak menanggung kesukaran sepanjang hari kalau aku tak makan masa sahur.
Tak tahulah bagaimana saya nak menempuh hari ini. Sudahlah tak cukup tidur, kena pulak pergi kursus... Dan saya belum decide lagi nak pakai baju apa, boleh? <-- konflik tiap-tiap pagi.