Ada sesiapa yang tidak setuju?
Dahulu, saya tidak boleh menerima nasihat ibu saya yang berbunyi "Kalau kita kawan dengan orang bodoh, nanti kita pun jadi bodoh".
Hmm... tapi sekarang saya rasa, memang betul pun apa yang ibu saya katakan itu. (Itu merupakan nasihat turun termurun yang diturunkan oleh arwah datuk saya kepada ibu saya).
Bila difikirkan semula, saya berasa kagum dengan arwah datuk saya itu (walaupun saya tidak sempat untuk mengenali arwah dengan lebih dekat kerana arwah meninggal ketika saya masih kecil). Saya kagum kerana, untuk seorang yang tinggal di kampung, malah buta huruf (eh, tapi jawi boleh baca kot.. entahlah, nanti saya semak semula dengan ibu saya), yang tidak mempunyai media elektronik untuk menyampaikan ilmu, yang kerjanya hanya bertani di kebun, boleh berfikiran sebegitu.
Oh, apasal tetiba gua sebak ni?
Okay, berbalik kepada tajuk entry, bodoh di sini tidaklah bermaksud 'seorang pelajar yang TIDAK/KURANG cemerlang' <-- ini merupakan tanggapan saya terhadap definisi bodoh pada ketika itu sehingga saya tidak percaya dan tidak boleh menerima nasihat ibu saya.
Yang pasti, saya tidak mahu menjadi bodoh. Jadi kesimpulannya, bagi saya, memang bila berkawan, harus memilih. Semoga kita dan anak-anak kita dan saudara-mara kita dijauhi dari orang-orang yang bodoh. Amin.