Monday, June 22, 2009

Perempuan-Perempuan Cantik

Anak saya amat suka apabila diberitahu yang beliau akan dibawa ke kenduri kahwin. Sebab, beliau suka melihat rupa paras perempuan-perempuan yang cantik menawan (kerana dimekap) – pengantin perempuanlah tu.

Saya akan berkata kepadanya yang pengantin lelaki adalah The Prince, manakala pengantin perempuan adalah The Princess – supaya beliau boleh mengaitkan dengan animasi-animasi Disney Princess yang rata-ratanya berkisar mengenai percintaan abadi *bluekkkk*

Kalau pergi ke kenduri kahwin, tidak sah sekiranya Sophia tidak bergambar dengan pengantin perempuan. Haih,… kalau tengok muka beliau melihat pengantin perempuan yang sememangnya anggun, memang nampak Sophia ni adore habislah dengan kecantikan pengantin tersebut.

Saya terasa nak upload gambar-gambar Sophia dengan perempuan-perempuan cantik yang saya maksudkan di atas, tapi silap hari bulan, perempuan cantik atau adik-beradiknya atau kawan-kawannya itu membaca blog ini, akan haru pula nanti. Nak kaburkan muka perempuan cantik, macam tak sesuwei pulak, kan…

Jadi, melalui kata-kata di atas sajalah yang saya boleh gambarkan.