Monday, June 22, 2009

Pesanan Seorang Rakan

Email daripada seorang rakan saya berbunyi:

Dear frens,
I normally don’t fwd this kind of email…
Tapi ni berlaku kat kawan aku sendirik hari ni…
So kalu free tu baca la yea…


"Salam semua,

Peringatan Penting!!! Perkara ini benar-benar berlaku kepada kawan saya tengahari tadi!!!

MESTI BACA dan sebarkan kepada kawan-kawan, ahli keluarga, sanak saudara, jiran-jiran semua…

Panjang sikit tapi penting!!!

Kawan saya Mary (bukan nama sebenar) menerima panggilan daripada AMBank (tapi yg bercakap nye machine) yang meminta beliau mengesahkan credit card transaction sebanyak RM 3600 di KLIA. (kalu nak sahkan tekan 1, kalu nak bercakap dengan operator tekan 9)


Si Mary yang memang takde credit card AmBank terperanjat dan tekan 9, on the other line a male (yg ckp English berterabur) jawab. Bila Mary cakap dia takde kad AmBank dan dia sekarang ada kat Bangsar bukan kat KLIA, mamat on the phone pun cakap maybe identity Mary dah kena curik. So dia konon-konon cek dalam system n bgtau that the card no 54XX XXXX XXXX XXXX was applied on 2-Apr-09 kat MidValley. Katanya balance setakat ni dah pakai RM 6000 lebih. Mamat ni dengan baik hati terus sambungkan Mary kepada “Pusat Pengurusan Kad Palsu”…


The second guy answered the phone. Minta some personal detail no kad kredit yg lain etc. Mary yang tengah sakit hati dan risau orang curik identity terus bagi no i/c etc. The guy yg konon nye dari Pusat Pengurusan Kad Palsu tu cakap department dia akan menyiasat hal ini dengan teliti dan perlukan lebih maklumat Mary termasuk banking account Mary yang kat bank lain dari AmBank. Dia jugak pesan kat Mary supaya jangan bising-bising kat kawan-kawan. Konon nye dia syak orang yg rapat-rapat yg curi identity Mary tu. Kemudian dia siap bacakan terms and conditions cth: jika siasatan dapati Mary terlibat sama dalam sindiket ini, Mary akan didakwa bla bla bla…Masa tu Mary dah macam rasa pelik pasal yang teraniaya nya dia, tapi dia pulak yang kena gertak dengan orang “Pusat Pengurusan Kad Palsu” tu.



Tapi Mary yang bersedih bincang hal ni dengan kawan-kawan dia (walaupun dah dipesan jangan bising-bising). So adala sorang kawan Mary ni (John) rasa tak sedap hati n questioned about the existence of “Pusat Pengurusan Kad Palsu”… John rasa macam pelik la pulok nama jabatan tu …pastu kawan Mary yang lagi sorang (Michelle) pun search kat google…teng teng teng…keluarlah article yang kat bawah ni…

So Mary talipon ABMConnect (Talian Penting Persatuan Bank-bank Malaysia), 1-300-88-9980 yang kat dalam website tu, pegawai yang menjawab talipon tu terus tanya daripada Ambank ke Hong Leong? Rupa-rupanya ni memang modus operandi mereka…so sekarang Mary dah kena talipon semua credit card yang dia terbocorkan maklumat tadi termasuklah atm card dan maybank 2u dia sekali…pastu pegawai ABM tu surh report polis, bagitau kawan2, email semua orang…

Kalu x caya cuba la search “Pengurusan kad palsu” kat google…macam-macam cerita akan keluar…

Sekian dari bilik berita…salam…"



--------------------------

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.

Hakikatnya:

-Tiada jabatan “Unit Kad Kredit Palsu” di Bank Negara Malaysia

-Nombor telefon 8659-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia

- Bank Negara Malaysia TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat perbankan peribadi daripada orang ramai sama ada melalui SMS mahupun panggilan telefon.

Berdasarkan aduan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam kejadian panggilan telefon atau SMS palsu kepada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kegiatan ini, bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun mereka. Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut:

1.Mangsa menerima SMS atau panggilan telefon: Meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.

2.Apabila mangsa menelefon nombor yang tertera dalam SMS berkenaan, pemanggil palsu itu akan memperkenalkan dirinya sebagai ejen sesebuah bank perdagangan dan sekali lagi meminta mangsa mengesahkan transaksi kad kredit berkenaan.

3.Apabila mangsa memberitahu pemanggil palsu itu yang beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, pemanggil palsu itu akan berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan “Unit Kad Kredit Palsu” di Bank Negara Malaysia, atau dengan “jabatan pengurusan kad kredit” bank perdagangan. Pemanggil palsu itu akan memberikan nombor telefon “Unit Kad Kredit Palsu” kepada mangsa.

4.Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai Bank Negara Malaysia, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai Bank Negara Malaysia. Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa dengan memberikan alasan bahawa dia akan menghantar aduan tersebut kepada pihak yang berkenaan bagi pihak mangsa.

5.Pemanggil palsu itu kini telahpun mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat pindahan wang secara tidak sah daripada akaun mangsa.

Berdasarkan modus operandi tersebut, orang ramai diingatkan supaya tidak memberikan maklumat perbankan peribadi mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali sebelum membuat semakan yang teliti. Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi atau berkunjung ke:

BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)

Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: (03)2174 1515
E-mel: mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my



BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang)
ABMConnect (Talian Penting Persatuan Bank-bank Malaysia)
Tel: 1-300-88-9980

Bank Negara Malaysia

7 April 2009