Wednesday, June 24, 2009

Tutu Untuk Sophia

Sebenarnya bukan saya yang mahu Sophia mendapat Tutu. Bukan saya yang mahu melihat Sophia mengenakan pakaian seumpama ‘Puteri Kayangan’. Bukan saya yang memilih apa yang patut Sophia pakai kerana apabila saya yang pilihkan, pasti pilihan saya itu akan ditolak mentah-mentah oleh Sophia (kecualilah baju yang dipilih itu merupakan baju 'Hannah Montana'nya).


Gambar kitar guna semula :P

Ya, saya pasti Sophia sendiri mahukan sehelai Tutu yang indah! Memang anak saya ini suka berpakaian cantik dan glam sahaja (terbukti apabila suatu hari, saya memasukkan ke dalam beg sekolahnya sehelai gaun biasa, yang tiada detail yang ‘lap lip lap’ seperti yang terdapat dalam gambar di atas, beliau menangis melihat baju tersebut sambil berkata, “Eeeii tak nak baju tu, so ugly!”). Itulah Sophia, anak saya yang perasan glam sentiasa lagaknya. :P

Pengaruh televisyen juga memainkan peranan dalam pembentukan personaliti anak saya ini (Eh, ni cerita nak dapat Tutu ke, pasal personaliti anak?). Mana tidaknya, (boleh dikatakan) hari-hari anak saya ini menonton filem Barbie Mariposa. Sedikit sebanyak, beliau terpengaruh dengan pakaian butterfly fairies yang terdapat dalam cerita tersebut.




Jadi, kalau Sophia berjaya memenangi Tutu dari Tutu Workshop, maka molek dan kena benarlah tu...

Gambar diambil dari Tutu Workshop

Saya dapat membayangkan sekiranya Sophia berjaya memenangi sehelai tutu yang hebat dari Tutu Workshop ini, mungkin setiap hari (malah mungkin setiap saat) beliau akan meminta untuk memakai tutu tersebut. :P

Dan selepas ni, kalau ada event khas di tadikanya lagi (seperti sebelum ini), pasti rakan-rakannya akan iri hati. ;)




Baiklah, itulah sedikit sebanyak sebab panjang lebar (dan banyak yang tidak berkaitan) kenapa Sophia patut mendapat tutu.

Oh, bagaimana mahu memenangi sehelai tutu yang indah untuk kanak-kanak perempuan yang anda gemari? Ya, bukan saja anak sendiri, adik, kakak (??), anak saudara pun boleh memenanginya. Malah tiada had umur yang ditetapkan. (Tapi, pandai-pandailah, jangan pula kita mahu nenek kita memenangi tutu tersebut :P).

Caranya mudah saja
. Pertama, langganilah MySuperKids (MSK) dan Tutu Workshop. Bagaimana mahu melanggan? Setiap peserta mestilah terdiri daripada ahli MSK dan juga pengikut Tutu Workshop (boleh tinggalkan email address dalam kotak di bahagian Tutu Workshop Fans di website Tutu Workshop).

Kedua, tulis sebuah entry yang menggunakan tajuk Tutu For <nama kanak-kanak perempuan> atau Tutu Untuk <nama kanak-kanak perempuan> Contoh: A Tutu For Bedah; atau; Tutu Untuk Minah.

Ketiga, letakkan gambar paling comel kanak-kanak perempuan yang anda paparkan dalam tajuk entry.

Keempat, tulis mengenai kenapa kanak-kanak perempuan kesukaan anda patut mendapat sehelai tutu dengan cara anda yang paling kreatif (dan original <-- ini saya yang tambah :P).

Kelima, ceritakan mengenai pertandingan ini dengan menyatakan link terhadap MSK dan Tutuworkshop.

Keenam, jangan lupa beritahu Mommy Lyna mengenai penyertaan anda (kalau tidak, syok sendiri sahaja buat entry :P).

Akhir sekali, entry mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.

Pemenang akan dipaparkan di MSK dan Tutu Workshop.

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi:

Pertama:
A Custom-Made Princess tutu 14″ length, extra puffy + accesories worth RM120.00

Kedua:
A Custom-Made Classic 10″ length, double puffy + t-shirt worth RM100.00

Ketiga:
Custom-Made Poffy Classic 8 ” length, double puffy.worth RM80.00

5 hadiah saguhati:
15% discount voucher for any purchase at TutuWorkshop
(Pergh.. first time buat kotak, babe... Credits to Ceera.)

Penyertaan dibuka dari 7 Jun 2009 hingga 25 Jun 2009!!! Jadi, tunggu apa lagi?

*Sekiranya anda tidak faham syarat-syarat pertandingan yang ditulis di atas, sila klik link ini. Rasanya lebih elok jika anda rujuk terus ke link tersebut (takut ada sebarang percanggahan maksud).


Tata, titi, TUTU!


p/s: Penganjur, saya patut dapat markah bonus kesian sebab bersusah payah menterjemahkan syarat-syarat pertandingan kepada Bahasa Melayu. (Tapi, janganlah tolak markah disebabkan oleh typo dan penggunaan tatabahasa yang kurang tepat. Kasihanilah saya yang dah lama pencen dari membuat karangan BM) :P

p/p/s: Terima kasih juga saya tujukan kepada
Puan Ceera atas tutorial 'Script dalam entry'nya (Lain yang mak cari, lain yang mak jumpa dulu). You rock, babe!