Untuk mati?
Saya masih belum bersedia. Ya, jawapan yang sangat cliche. Tapi memang itulah hakikat sebenar.
Saya tak dapat mahu membayangkan sekiranya saya mati.
Kenapa tak mahu bayangkan? Sebab tak mahu memikirkan soal mati.
Kenapa tak mahu fikir soal mati? Sebab belum bersedia untuk meninggalkan dunia saya ini dalam keadaan seperti sekarang.
Come to think of it, kenapa saya nak sibukkan benda/perkara yang hendak ditinggalkan?
Okay, let's twist my answer a bit. Macam mana kalau saya tukar jawapan saya kepada "Saya belum bersedia untuk menghadapi 'dunia' selain dari dunia saya sekarang ini"?
Haaaa... Baru lah ada elemen rendah diri di situ.
Kesimpulannya, saya sering lupa siapa dan mengapa saya wujud di dunia ini.
Ya Allah, hamba-Mu ini masih belum bersedia (untuk bolos dinding itu)!