Saya ni sebenarnya dah lama pencen dari memakai PB.
Nak memakai tu satu hal - mengambil masa yang lama (nak makeup lagi... :P).
Nak membasuhnya pulak tu pun satu hal - malas nak cuci guna tangan. Dan saya sebenarnya sudah mengelat bebebebeberapa kali dengan mambasuh PB dengan menggunakan mesin basuh - dengan mode soft/suit/silk etc. Tak cukup dengan mode gentle, saya masukkan PB dalam laundry net lagi. Jadi saya rasa, terpelihara juga lah PB saya itu.
Sekarang, kenapa saya membuka semula topik PB?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tidak, saya bukan seorang 'usahawan' Hai-O (cuba Google Premium Beautiful, pasti ada banyak website/blog usahawan Hai-O yang berjaya - boleh lah minta khidmat rundingan dari mereka).
Saya cuma nak menyatakan sekali lagi kepayahan saya memakai PB (terutamanya girdle). Saya sudah terpilih salah saizkah? Atau..... saiz badan saya sudah tidak padan dengan saiz PB yang saya dapat pada tahun 2006??? Ngeeeeee...
Tapi, bila dah pakai, memang saya rasa best je tengok badan sendiri. Huhuhu.
Saya sebenarnya agak 'desperate' mahu menurunkan sekurang-kurangnya 4kg berat badan (maksimum nak turun 6kg - lebih dari itu, saya akan kelihatan seperti ranting). Buat masa ini, saya rasa saya masih belum sesuai membuat rutin-rutin gym - tunggulah saya sihat betul-betul.
Baiklah, saya akan memberi liputan (yang tidak berat ke mana-mana pihak) mengenai berat badan saya setelah memakai PB secara berhemah.
*Sekali lagi dinyatakan, penulis bukan seorang 'usahawan' Hai-O (dan tidak bercadang mahu menjadi seorang daripada mereka buat masa ini). ;)