Ya, saya memang seorang yang paranoid. Kadang-kadang, paranoid dengan benda yang tah apa-apa.
Hari ini saya dan anak pergi ke sebuah hospital swasta di Ampang.
Tujuan?
Untuk membuat ujian sekiranya kami berdua dijangkit virus babi bedebah H1N1 itu. Sebenarnya saya malas mahu pergi, tapi suami semacam menampah perisa kepada paranoia (is this the right noun?) saya. Maka saya pun apa lagi; TAK BERI PELUANG! - gigih lah pergi hospital swasta tersebut.
Sesampainya saya di kaunter H1N1 di sana, saya pun ceritalah kepada penjaga kaunter tersebut tentang simptom-simptom yang ada pada diri saya : sore throat, flu, body ache, fever and such lah.
Dah cerita panjang bagai, nak tau apa yang dia jawab? "PERGI KE HOSPITAL (KERAJAAN) AMPANG".
Sebab? Di sana terdapat 'kit' untuk mengesan H1N1. Perghhhh, agak membara jugak lah masa tu (walaupun tah apa-apa).
Maka, pergilah kami ke hospital Ampang pula. Di sana, ada lah seorang (pegawai kot) yang memberitahu tentang simptom-simptom dijangkiti H1N1. Kata beliau, kalau seseoang itu baru pulang dari luar negara, atau ada direct contact dengan pembawa/pesakit H1N1 (iaitu dengan kedudukan berdepan sesama sendiri) selama 4 jam, barulah boleh dikatakan suspek (wah, macam penjenayah pulak).
p/s: Saya telah mencuba tips dari CY. Menjadi noks! Terima kasih, CY! Silalah bookmark page ini untuk kesenangan sejagat!