Masa mula-mula masuk kerja, inilah dunia saya (sekiranya saya ditugaskan di luar kawasan) - mengekor mengikut boss melawat tapak.
Meredah hutan belukar yang kanan kiri banyak taik gajah, ladang kelapa sawit yang kanan kiri banyak kolam babi hutan, ladang getah yang entah-apa-lagi-yang-saya-boleh-describe.
Kadang-kadang terjumpa sungai - kami redah jugak dengan kenderaan 4WD tuh - tak kuasa nak berbasahan. Saya pernah ternampak cacing BESAR YA AMAT (macam ular) di tebing sungai yang mana saya terasa begitu geli sehingga nak termuntah. Boss buat-buat tak tahu saja - malas nak layan saya la tu. :P
Apa yang mahu dilihat?
Biar gambar yang berbicara. Dan lu pikir la sendiri...
Kemudian, saya bertukar unit. Buat kerja (dan teknologi) lain pula. Majoriti kerja yang saya lakukan ialah menyemak invoice dan membuat pembayaran. Duhhh...
Sekali-sekala, kalau pergi site pun indoor sites saja.
Sekarang, kerja saya ialah asyik datang meetingggggggggggg saja.
Dan sekali-sekala pergi ke site, masih juga indoor sites. Syukurrrrr alhamdulillah...
Well, basically those are just the sidelines. What I really do for a living is...
Being a Domestic Goddess Engineer.