Tuesday, August 4, 2009

Bagaimana Mahu Menambah Sidebar Baru Di Blog Anda

Pertama sekali, pergilah ke 'Edit HTML'.



Jangan expand widget template - memeningkan kepala saja.

Kemudian, cari script yang mengandungi #sidebar-wrapper. Copy, dan paste di bawah script tersebut. (Ada paham ka?)



Perhatikan, terdapat barisan

float: right; dan

float: left;

masing-masing di script sidebar sedia ada dan sidebar baru (newsidebar). Itu merupakan line baru yang saya tambah. Kenapa tambah? Untuk menentukan kedudukan sidebars itu nanti (menurut Mai - saya terima aja).

Lagi satu, margin - endside atau startside? Itu juga bergantung kepada kedudukan sidebars anda.

Baiklah, saya tangguhkan tutorial ini buat masa ini. Tetapi, kerja-kerja menyusun sidebars belum tamat di situ. Kalau anda save, anda akan dapat lihat kedua-kedua sidebars tersusun di sebelah kanan atau kiri blog anda (bergantung kepada setting asal blog anda).

Tutorial akan bersambung lagi nanti. (Ingat senang nak buat tutorial ni?)

Sebenarnya, ada banyak maklumat mengenai 3-column blog ini. Ini antara yang saya jumpa:
Adding a second sidebar
Create a 3-column blogger template
Making Left and Right sidebar

Atau, nak download free 3-column template? (Yang ini macam lebih kurang blog layout saya).

Pening? Malas? Tak paham? Tak payah buat. Tak pun, pergi la minta tolong (dan bayar) orang yang memang expert untuk mengedit-edit blog ni.

Kita berjumpa lagi di episod seterusnya. Wassalam.


Nota: Penulis hanya berkongsi maklumat berdasarkan dari pengalaman hidup penulis sendiri sahaja. Penulis tidak pernah mendapat pendidikan khusus mengenai HTML (wtf) ini. Harap maklum.