Admit it, kita selalu dengan sedaya upaya akan membetulkan grammar orang yang menulis Bahasa Inggeris secara tunggang-langgang. Kalau ini bukan anda, sila tinggal komen.
Dan dengan sedaya upaya juga, kita cuba untuk menulis Bahasa Inggeris dengan minimal grammatical error (kalau boleh, memang nak zero grammatical error). Kalau ini bukan anda, sila tinggalkan blog ini. Hahaha... siapa yang tak tahu yang saya ini memang keji?
Okaylah, apa saja repekan saya tadi. Yang sebenarnya, saya nak cakap yang kita ni sibuk-sibuk nak betulkan penggunaan Bahasa Inggeris orang lain, tapi diri sendiri guna Bahasa Melayu pun tonggeng bontot tunggang-langgang.
Kenapa kita tidak sibuk-sibuk nak betulkan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu orang lain yang salah? Atau, kenapa kita tidak dengan sedaya upaya mencuba untuk menulis dalam tatabahasa BM yang betul? Saya memang suka menyibuk. Ya, saya memang suka menggelakkan penggunaan tatabahasa BM yang salah dan perkataan yang kurang sesuai (terutama sekali di pejabat saya!).
Dari dulu lagi saya mengatakan bahawa pelajaran bahasa adalah amat sukar bagi saya. (Kalau tidak, masakan saya pernah gagal dalam BM semasa sekolah dahulu?). Bukan setakat BM, malah apa jua bahasa adalah sesuatu yang sukar untuk dipelajari bagi saya.
Dan dari dulu lagi cikgu-cikgu banyak mengatakan yang membaca itu penting. Baru sekarang saya dapat melihat kenapa cikgu-cikgu berkata sedemikian.