OMG! Bolehkah saya membuat kenyataan keji di sini?
"Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa malam tadi saya telah memasak Nasi Goreng Cina yang paling sedap yang saya pernah rasa."
Dan, oleh kerana Nasi Goreng Cina saya itu sedap, maka saya pun tidak boleh berhenti makan selepas menghabiskan sepinggan. Saya telah melanggar peraturan diet saya (yang sebenarnya baru saya wujudkan semalam) dengan memakan nasi pada waktu malam. Sudahlah nasi, berpinggan-pinggan pula tu!
Okay, back to the topic. Sebenarnya, kita semua maklum yang Nasi Goreng Cina (gigih mak taip nama panjang-panjang tau - lepas ni guna NGC je) adalah menu paling mudah untuk disediakan. In fact, sama mudahnya dengan (atau mungkin lebih mudah daripada) menyediakan Beef Wrap. Tapi, baru semalam saya berjaya menyediakan NGC mengikut piawaian saya. Haaaaaaaaaah... Lepas ni NGC sokmolah gamaknya.