Hobi anak saya, sekiranya melawat ke rumah atok dan neneknya (selain berkawan dengan pelakon GBS di belakang rumah yang mana anak saya sendiri tidak kenal) ialah melihat dan memberi anak ikan makan.

Ya, kolam ikan kelihatan seperti sebuah kolam untuk merendam kaki bagi tujuan mendapat rawatan spa ikan. Tapi sebenarnya, ikan di bawah ini yang dibela.
Bila Sophia sudah mula memberi makan ikan-ikan ini, makan proses pemberhentian aktiviti secara paksaan perlu dilakukan.