Dalam FB saya ada beritahu yang saya buat dan makan Mushroom Jack Fajitas (versi saya dan bukan orang lain yagn lebih hebat).
Sekarang, saya nak share macamana saya prepare the dish.
Bahan perap:
Sediakan ayam dan daging. Hiris/potonglah macamana gaya yang ada suka. Perap dengan black pepper, cumin (saya belasah je amik cumin yang ada kat rumah ni), garam dan sedikit perahan lemon. Saya perap lebih kurang 12 jam (dari balik kerja, hinggalah pukul 5 pagi).
Grill bahan-bahan yang diperap itu.
Bahan 'saute' (campak-campak aje):
Capsicum, onion, button mushrooms (tiada shitake digunakan di sini kerana baunya sungguh kuat). Hiris semua tu dan saute di atas kuali leper kegemaran anda (dalam kes saya, Chefel :P). Letaklah garam dan sedikit black pepper.
Bila dah layu sayur-sayur tu, gaul sekali dengan ayam dan daging tadi.
Tadaaa!!!! Kecuq air liur saya bila bayangkan balik.
Tapi, yang harunya, pada hari saya sediakan Mushroom Jack Fajitas itu, Tortilla bread sudah expired. HARU. Maka, terpaksalah makan denga roti Gardenia....
Sekian...