Alhamdulillah. Dapat juga kami meraikan 1 Syawal pada tahun ini. Baru hari ini saya berkesempatan untuk meninjau-ninjau Blogosphere (tapi rasa tak sanggup nak menjenguk sayur-sayuran yang dah mati di Farmville :P).
Seperti Jua (wah, sempat lagi nak bagi link bagai...), tiada perkhidmatan jalur lebar yang berjaya menembusi sekurang-kurangnya halaman rumah nenek saya (dalam kes saya, bukan kebun getah, tapi kebun kelapa sawit).
Okaylah, kepala pun masih berkarat - tak tau nak cerita apa lagi. Kita layan gambar-gambar 1 Syawa| dulu.
Gambar ramai-ramai yang tak berapa ramai.
Dan tiada gambar 'bonus' yang dapat saya berikan di sini.