Tuesday, October 20, 2009

Sarapan Apa Pagi Tadi?

Saya dengan bangganya (kalau ada perkataan bangga, mesti ada sesuatu ni...) ingin menyatakan bahawa saya telah makan nasi goreng saya (yang enak) yang saya sediakan pada malam sebelumnya. Kalau mahu sarapan berat seperti nasi goreng, haruslah disediakan pada malam sebelumnya, kalau tak.... tak jadi, mak... Hahaha.

Resepi kali ini hanya menggunakan bahan-bahan kitar semula sahaja:

Nasi putih yang didapati dari sebuah kenduri pada hari Ahad
Stir-fried kacang panjang minggu lepas (ada udang bagai)
Bawang putih, bawang merah, cili merah, bilis (tumbuk ala kadar semua ini)
Kiub ayam Maggi

(Sebenarnya, saya berharap sangat saya terjumpa perencah nasi goreng di dapur saya semalam, tapi nasib saya malang - TIADA)

Lalu masaklah seperti biasa...

Menjadi pulak nasi goreng saya semalam. Untuk makluman, saya memang tidak pernah membuat nasi goreng yang berasa. (Eh, ke... memang tak pernah masak nasi goreng???...) No, no, no,... saya pernah masak nasi goreng, tapi rasanya harammmmmmm tak sedap. <--Pengakuan terbuka seorang Domestic Engineer Goddess in the making.

Dengan ini, Nasi Goreng (tidak berjenis) semalam merupakan nasi goreng kedua yang saya berjaya buat mengikut piawaian selepas yang ini. Maaf, gambar MEMANG TIADA, kalau korang tanya jugak pasal gambar, akan ku delete komen tersebut (tapi saya tidak pasti kalau pemilik blog boleh delete komen orang lain, boleh ke? Oh, memang boleh). Ngeeee...