Thursday, November 26, 2009

Barbie And The Three Musketeers

Anakanda tengah kemaruk menonton filem ini.



Gedik, botox adalah kata kunci yang dapat saya berikan sebagai gambaran tentang filem ini. Gedik anda boleh bayangkan bagaimanalah kan. Kenapa saya katakan botox? Sebab, setiap watak dalam filem ini apabila marah/sedih/gembira/panik/tua/muda hatta kuda sekalipun, tiada kedutan/garisan yang kelihatan di bahagian mata. Botox lah tu, kan? Macam siapa kalau di Malaya ni? Ha, lu pikir lah sendiri, Nabil (siapa nama Nabil harus jawab). :P

Oh ya, hujung minggu lepas kami telah membawa Sophia ke gedung permainan terkenal di Malaya - dengan tujuan asal mahu membelikannya foam sword (yang RM15 tu...). Masuk-masuk je terus nampak sword tu, lalu teruslah pegang. Lalu pula di tempat Barbie - ada pulak jual Barbie yang Musketeers series... Maka anakanda pun mulalah menyebut perkataan "NAK!" (Kalau baca macam takde apa-apa, kan? Tapi dia punya 'Nak' tu.... eiiiiii.. *Paksa diri baca entry ni balik supaya insaf*). Fine, ambil (dan pegang dulu).

Pusing lagi, jumpa puppy (mainan lah). Nak beli puppy pulak..... Dah dilupakannya terus Barbie Musketeers tadi tu. Sword apatah lagi. Oh ya, kenapa sword? Kerana saya lihat dia teringin nak jadi musketeer gedik macam dalam cerita Barbie tu.

Lepas tu, pusing lagi ke tempat Barbie, ternampak Barbie yang Pink Series (yang tag dengan MAC tu kot), NAK yang tu pulak... Bathroom set, ok...

Yang itu lebih mahal, ok. Kalau beli Musketeer + Foam sword pun harga tak sampai yang bathroom set tu.

Pujuk punya pujuk punya pujuk punya pujuk... Last-last dia fed up dan mengatakan (baca dengan nada fed up - kalau boleh imagine muka fed up sekali),

"Sophia nak yang mandi tu la Mama..."

Maka, taulah saya yang anak saya itu memang betul-betul mahukan set itu. Lalu suami pun belikanlah...

Sekian.