Bila membaca buku pada waktu malam (sebenarnya awal pagi) yang hening dan sunyi, saya pasti akan teringat akan lagu ini.
*Terus pasang lagu tersebut*
Bila teringat lagu tu, mesti teringat Edward Cullen (Edward Cullen ya, BUKAN Robert Pattinson – saya cukup tak kenan ngan hero badan melengkung gitu. Pergi tengok muka dia kat sini). Bila teringat Edward… barulah teringat dekat cerita New Moon…
Entah kenapa, saya tidak terasa mahu menonton filem tersebut (di panggung wayang, kalau dah ada dalam HD, tengok aje…). Mungkin sebab… kalau saya ajak suami pergi tengok pun pasti dia tak mau. (Tapi belum ajak lagi. Belum ajak, belum tau).
Ke sebab… saya teringat-ingat pasal buku dia (yang paling saya tak gemar kerana ceritanya meleret-leret)???
Atau sebab Jacob Black??
Saya rasa, jawapannya adalah none of the above.