Baru semalam saya terasa seperti sudah lama benar tidak membeli-belah. Ini betul-betul kejadian, bukan cobaan. Tiba-tiba bila baca blog Ms Okinokiyo hari ini, ternampak pula her ‘Top 5 Treat List’ (juga merupakan salah satu contest yang dianjurkan oleh Nuffnang dan Dell – tarikh tutupnya hari ini, 10 November 2009 y’all!).
Err,.. kena tulis dalam Bahasa Inggeris ke sebenarnya? Ah, belasah…
Okay, here goes my Top 5 Treat List:
- Membeli-belah di Pavillion dan di sekitarnya (sahaja)
– tidak tercapai dek akal saya untuk shopping di Milan. Barang-barang yang saya inginkan termasuklah kasut, kasut, kasut, handbag, make up, baju, seluar jeans ketat yang baru dan…. makan-makan di The Loaf. :P - Sesi urutan di spa pujaan saya – Jurlique. Seriously, memang sudah lamaaaaaa sangat saya tidak mendapatkan rawatan (rawatan ke???) spa.
- Cruising in a ship – ingat tak cerita Mr Os yang dapat banyak duit secara tiba-tiba itu?? Ingat tak?? Mengaku cepat! Tapi tiada kaitan pun dengan iterm no. 3 ini.
- Tukar langsir rumah. Semua sekali! There…
- Dell Inspiron 13 in Cherry Red. Kenapa? Perlukah saya beritahu?
Ini memang syarat pertandingan ini!Takde lah, laptop (cap Compaq) yang saya gunakan untuk kerja-kerja pejabat sudah usang (nak tengok pun tak lalu – HDnya tu tunggu masa je nak kong), jadi saya perlukan sesuatu yang indah dan baru untuk menyemarakkan lagi semangat sayauntuk menaip minit mesyuarat. :P
Nah, itulah 5 Top Treats saya.