Itulah kata-kata anak saya bila saya tanyakan, "Nanti Sophia nak kerja apa?". Ingat company ini Mama yang punya?
Mula-mula saya cuma ambil ringan saja. Ye lah, mungkin dia belum nampak lagi prospek kerja yang lain. Saya tanya juga kalau dia mahu menjadi seorang doktor (dah selalu jumpa doktor - mungkin terpengaruh sikit); dia kata tak mahu.
Bila fikir-fikir balik, mungkin anak saya ini TIDAK MAHU berenggang dengan saya. (Adakah saya perasan di sini??). Kalau betul, maka flattered sungguhlah Mamamu ini Sophia.
Entah-entah kalau dah besar nanti, hmmph.... seboleh-boleh takmau duduk dengan Mama kot... (ini bukan doa, cuma saya tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi - takut keciwa)