Telah lebih setahun saya tidak menggunakan sistem fail seperti ini. Sejak kehilangan fail/folder yang sama berkurun lama dahulu, saya bertukar kepada fail berwarna Pink. Entah kenapa, nafsu untuk mengemaskini planner tidak begitu bergelodak seperti nafsu yang pernah saya alami semasa menggunakan fail berwarna Merah.
Gambar di bawah menunjukkan fail Pink yang saya maksudkan.
Tanpa ragu-ragu, saya pun membeli fail Merah yang baru. Semoga selepas ini hidup kerja saya akan lebih terurus.