Selama lebih kurang seminggu saya telah mendaftarkan diri sebagai ahlil Usana.
Alhamdulillah, dalam dok bising-bising kata nak kurus, nak kurus (sebenarnya bukan nak kurus, nak kempiskan perut dan kecilkan peha sahaja), hati saya telah terbuka untuk mencuba Usana. Sekurang-kurangnya, saya telah berusaha untuk mencapai matlamat saya itu.
Sejak seminggu ini saya belum sempat menimbang berat badan saya lagi tapi saya amat pasti yang berat saya tidak naik pun (seminggu nak naik apa kan??). Sesetengah orang, nak naik senang, nak turun sangat payah. Dietlah banyak mana pun (sit-up saya dah berhenti buat, harap maklum), tapi badan pinggang dan peha besar tu jugak. Sudahlah kekurangan zat kerana dieting, berat tak juga turun-turun. Tapi kalau tak jaga makan (makan secara pukal), memang berat pasti naik. Well, ini kes saya lah.
Tabiat pemakanan saya sebelum ini pun adalah amat tidak sihat. Pagi skip breakfast. Kadang-kadang lunch pun makan dalam pukul 3-4 petang. Lepas tu malam tak makan langsung (LANGSUNG!) - sepatutnya makanlah buah ke, cereal ke kan..?
Mungkin orang akan cakap 'Baguslah kurang makan, mesti turun berat punya'. Tapi sebenarnya, dengan skip makanan ini, kita hanya melatih badan kita untuk merendahkan kadar metabolisme badan kita.
Dah banyak kali saya terjumpa artikel mengenai meal (especially breakfast) skipping ini. Adalah tidak dicadangkan untuk seseorang yang mahu menurunkan berat badan untuk tidak mengambil breakfast. (Nanti kalau dah jumpa artikel saya link kan).
Untuk mendapatkan badan yang sihat dan kuat (ingat, bukan iklan Milo di sini, tapi iklan USANA), mestilah mengambil pemakanan yang sihat dan amalkan exercise. Untuk saya, saya tidak sempat untuk workout di mana-mana gym, apa yang boleh saya lakukan ialah:
- Naik
turuntangga sebanyak 4 tingkat dengan memakai kasut tumit tinggi (serious, naik senang, turun taubat!). Setakat ini stamina saya hanya mampu bertahan sebanyak 4 tingkat. Cita-cita saya ialah untuk menaiki tangga sebanyak 36 tingkat (bukan gurauan)! - Berjalan dengan pantas seperti sedang berlumba dalam Walk-a-thon dalam mana-mana shopping complexes. Yang ini depends, kalau saya seorang, saya pakailah kasut tumit tinggi. Kalau dengan keluarga (read: Sophia) haruslah memakai Crocs sahaja.
Dan oleh sebab saya kekurangan masa (atau lebih tepat lagi tidak tahu menguruskan masa), Nutrimeal adalah pengganti makanan pilihan saya. Setakat ini, saya ambil Nutrimeal sebagai pengganti sarapan dan Fibergy sebagai snek pada waktu malam.
Alhamdulillah, saya bangga kerana saya bukan sekadar omong-omong kosong saja untuk mengecilkan ukur lilit pinggan dan peha. Saya sudahpun berusaha ke arah itu. Malah lebih hebat kerana saya bukan sahaja tidak skip makanan (read: Breakfast), saya juga mengambil makanan berzat.
Kalau anda mahu cuba produk Usana (cuba dulu, tak suka tak apa - masing-masing punya citarasa), bolehlah email saya di alamat mimielola[at]gmail.com (Ceh, dah last-last baru nak letak tagline yang cliche). :P
Sekian kisah Usana
p/s: Jangan lupa pertandingan tak seberapa ini, ya! (Malas mahu bikin sticky, tapi berkobar mahu bagi hadiah). Ya, ayat yang sama saya kitar semula. :P



15 comments:
Wahh dh jadi geng USANA jugak! Yeay!
ohh...mmg sana sini usana.
ish lmbat lagi ke nk 88888 huhuhu (berangan tak sudah)..
i pun sama tau kurang mkn tp sah2 le metabolisme (yea saya pastikan tak silap spelling) rendah kan :)
today baru le pandang basikal kat dlm bilik tu..baru le nk cycling hahahah cian dia jadi tmpat sidai towel jek
Reena,
Ya, yeay!
MD,
Yep
Sisdee,
Nak buat caner, blog sendu... I lagi lah, takde machine kat umah.
Yerlah ML, sana sini USANA ^_^
USANA ni macam HERBALIFE gak ker?
Pasal exercise, my colleague buat excercise naik turun tangga dari 1st floor to 18th Floor (sbb office tingkat 18)...phewwww...
Fiza,
I tak pernah try Herbalife.
go ML go!!!! sama2 kita berusaha untuk mengecikkan apa yang patut kita kecikkan kan?
apa beza fibergy & nutrimeal?
Ya Allah, peha besar adalah masalah negara untuk i sejak datang uk ni. Bila makan choc, lemak turun kat situ. Bila makan pizza, dia turun kat situ dan tidak ke tempat lain. Help! Adakah Usana mampu membantu? Dah jaga makan sejak tahun lepas. Less sugary food, less salty food, even dah ambil brown rice..hohoo..Tapi, no changes. Seolah2 tempat 'lain' mengecil dan peha membesar..sobs
NI,
Hmmmm.. tak larat tgk perut sendiri
Marisa,
Nutrimeal ni meal replacement, fibergy ni utk snack
AN,
Exactly. I dah try control makan. tapi mcm tu jugak la saiz pinggang I. tensi.
Jommmm sesama turunkan berat badan! Me guna Jusmate 5. Alhamdulillah in a week turun 2 kg :)
JD,
I nak kecikkan pinggang
kehkehkeh terjebak sudahhh.. i dari sehari ke sehari nak buat entry pasal usana tak buat2 jugak.
tapi oklah kan. tak rasa lapa. dan takde la nak bedal makanan dengan sesuka hati hehe
KS,
Boleh lah...
info tentang kasut tumit tinggi kat sini - Keburukan Kasut Tumit Tinggi
Post a Comment